IPOH – Hanya empat penyandang kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) di Perak kekal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Ini termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan bertanding di Bagan Datuk.
Turut dikekalkan adalah Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Mohd. Nizar Zakaria (Parit) dan M. Saravanan (Tapah).
Tiga pemimpin diberi peluang untuk bertanding semula adalah bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Zamry Abd. Kadir di Lumut, Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon di Tanjung Malim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang tewas di Parlimen Pasir Putih pada PRU14 diberikan kerusi Parlimen Gerik iaitu kerusi yang dimenangi oleh BN.
Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran yang tidak pernah bertanding diletakkan di Parlimen Sungai Siput dan turut diberikan tempat adalah Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah di Teluk Intan.
Manakala Datuk Khairul Azwan Harun yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Salak akan bertanding di Parlimen Pasir Salak.
Kejutan berlaku di Parlimen Larut apabila pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias diumumkan sebagai calon di kerusi tersebut.
Beliau akan menentang Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang merupakan penyandang kerusi itu dan bekas Ahli Parlimen BN yang melompat ke Bersatu selepas PRU14.
Seperti yang disebut-sebut sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah diletakkan di Parlimen yang sama.
Beliau akan menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Nama-nama besar yang menang pada PRU14 tetapi digugurkan adalah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak).
Perak mempunyai 24 Parlimen dan pada pilihan raya umum lalu BN menang 11 kerusi.
Berikut senarai penuh calon BN bagi Parlimen Perak:
P.054 Gerik Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO)
P.055 Lenggong Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
P.056 Larut Mohamad Kazim Elias (UMNO)
P.057 Parit Buntar Imran Mohd. Yusof (UMNO)
P.058 Bagan Serai Zul Helmi Ghazali (UMNO)
P.059 Bukit Gantang Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (UMNO)
P.060 Taiping Neo Choo Seong (MCA)
P.061 Padang Rengas Mohd. Arrif Abdul Majid (UMNO)
P.062 Sungai Siput S. Vigneswaran (MIC)
P.063 Tambun Aminuddin Md Hanafiah (UMNO)
P.064 Ipoh Timur Ng Kai Cheong (MCA)
P.065 Ipoh Barat Low Guo Nan (MCA)
P.066 Batu Gajah Teoh Chin Chong (MCA)
P.067 Kuala Kangsar Maslin Sham Razman (UMNO)
P.068 Berus Ding Siew Chee (MCA)
P.069 Parit Mohd. Nizar Zakaria (UMNO)
P.070 Kampar Lee Chee Leong (MCA)
P.071 Gopeng Ting Zhao Song (MCA)
P.072 Tapah Datuk Seri M. Saravanan (MIC)
P.073 Pasir Salak Datuk Khairul Azwan Harun (UMNO)
P.074 Lumut Zamry Abdul Kadir (UMNO)
P.075 Bagan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
P.076 Teluk Intan Datuk T. Murugiah (MIC)
P.077 Tanjung Malim Datuk Dr. Mah Hang Soon (MCA).-MalaysiaGazette