Gambar hiasan

SEOUL – Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu ke arah Korea selatan pada jam 9 pagi tadi yang melintasi sempadan maritim kedua-dua negara buat kali pertama sejak pembahagian Korea.

Peluru berpandu balistik jarak dekat itu mendarat di perairan pantai timur Korea Selatan, berhampiran Pulau Ulleungdo hingga mencetuskan penggera serangan udara di pulau itu.

Serentak itu, penduduk diarah berpindah ke pusat perlindungan bawah tanah.

Pyongyang melepaskan sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu dari pantai timurnya pada pagi Rabu.

Ketua Turus Tentera Bersama Seoul berkata, peluru berpandu itu daripada “pelbagai jenis telah dilepaskan ke arah timur dan barat.

Berikutan itu, Presiden Korea Selatan telah mengarahkan ‘tindak balas pantas’ terhadap pelancaran terbaharu Pyongyang.

Presiden Yoon Suk-yeol telah memanggil mesyuarat Kabinet Keselamatan Negara.

Kedua-dua pihak berkuasa Korea Selatan dan Jepun merekodkan pelancaran peluru berpandu pada pagi Rabu, termasuk yang telah melanggar Garis Had Utara.

Peluru berpandu itu telah jatuh kira-kira 26 kilometer (km) di selatan sempadan sempadan maritim, 57km timur bandar Sokcho Korea Selatan dan 167km barat laut pulau Ulleungdo. – Agensi