Beberapa laluan di sepanjang jajaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) akan ditutup sementara waktu pada 5 November ini.

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan di sepanjang jajaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) akan ditutup sementara waktu pada 5 November ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Mohd Shuhaimi Hassan berkata, penutupan itu dibuat bersempena penganjuran Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run.

“Penutupan beberapa laluan bagi kedua-dua lebuhraya itu akan dilaksanakan secara berperingkat seawal jam 9 pagi pada 5 November sehingga pukul 5 pagi pada 6 November 2022.

“Susulan penutupan itu, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan untuk ke destinasi-destinasi tertentu.

“Selain itu, pengguna juga dinasihatkan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lampiran A bagi penutupan laluan di Lebuhraya DASH.

Tambah beliau, pengguna boleh merujuk berdasarkan Lampiran A bagi penutupan laluan di Lebuhraya DASH dan Lampiran B untuk penutupan laluan di Lebuhraya SRPINT.

Bagi pengguna yang melalui Lebuhraya DASH pada Sabtu ini akan dilencongkan ke Persimpangan Persiaran Surian iaitu susur keluar selepas Plaza Tol (RRIM) bagi kawasan Damansara.

“Kesemua laluan yang ditutup di Lebuhraya DASH akan dibuka semula kepada pengguna pada jam 5.01 pagi, 6 November (Ahad).

“Manakala semua laluan yang terlibat di Lebuhraya SRPINT pula akan dibuka semula pada jam 1.01 pagi, hari yang sama.” ujarnya.

Lampiran B untuk penutupan laluan di Lebuhraya SRPINT.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi di talian hotline LLM (1 800 88 7752), Lebuhraya DASH (1 300 88 5522) dan Lebuhraya SPRINT (03- 7494 7333). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast