Suasana di pekarangan pusat penamaan calon bagi parlimen Mersing, Johor.

MERSING – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Mersing P154 bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru terdiri.

Calon-calon yang dijangka bertanding terdiri daripada Abdul Latif Bandi, 56 mewakili Barisan Nasional (BN); Fatin Zulaikha Zaidi, 29 Pakatan Harapan (PH);  Muhammad Islahuddin Abbas, 37 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Nurfatimah Ibrahim, 40 Pejuang; dan seorang calon bebas, Ismail Don, 55.

Selain Abdul Latif yang merupakan bekas ADUN Endau, kesemua calon lain adalah muka baru kecuali Ismail yang pernah menjadi calon bebas pada pilihan raya negeri Johor yang lepas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.
Buat masa ini proses penamaan calon sedang berlangsung dan laporan lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast