TANAH RATA – Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sah mempertahankan kerusi yang disandangnya dan bertemu tiga penjuru bagi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Beliau yang juga Menteri Besar Pahang disambut ribuan penyokong di padang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah dan menyerahkan borang pencalonan di Dewan Gemilangdi sekolah berkenaan.
Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Jelai sejak 2004 merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan tepat pukul 9.03 pagi bersama penyokong dan pencadang, Ajis Sidin dan Omardi Mustafa.
Wan Rosdy dari komponen Barisan Nasional (BN) akan dicabar sekali lagi dengan saingan lama iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Dr Abdul Rasid Mohamed Ali dari Bersatu dan calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Ismail Mohamad Husin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Namun Dr Abdul Rasid merupakan muka lama yang kali ini bertanding atas tiket parti Bersatu di mana pada PRU 14 lalu, beliau bertanding atas tiket PKR namun tewas kepada Wan Rosdy dengan mejoriti 3,507.
Manakala calon Pakatan Harapan (PH) meletakkan muka baharu di Jelai dengan menampilkan Ismail Muhammad Husin bagi mencabar dua muka lama yang bertanding di kerusi berkenaan.
Terdahulu pada PRU14, Wan Rosdy memenangi kerusi DUN Jelai dengan majoriti 3,507 selepas berjaya memperoleh 5858 undi, manakala Dr Abdul Rasid dari PKR memperolehi seribu 1,298 undi, Mat Nor Ayat (229 undi) dan Abdul Karim Mat Nor (2,351).
Kemenangan dan majoriti 25 kerusi DUN daripada komponen BN berjaya membentuk kerajaan Negeri Pahang dan beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang ke-15 pada 15 Mei 2018. -MalaysiaGazette