Gambar hiasan.

BENTONG – Polis Bentong menerima tiga laporan kes ragut hari ini dan semalam yang dipercayai dilakukan dua individu yang sama.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal yang berdasarkan rakaman percakapan kesemua mangsa, suspek merupakan dua lelaki menaiki motosikal, memakai jaket hitam dan berseluar jeans biru.

“Kedua-dua suspek yang berusia 20-an hingga 30-an itu telah meragut dan melarikan rantai leher dan barangan kemas bernilai hampir RM14,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, dua kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan satu lagi di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Pihak IPD Bentong memandang serius kes ini dan telah wujudkan ‘task force’ dalam usaha menjejaki dua suspek yang terlibat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zaiham memberitahu, pihaknya telah meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di sekitar daerah itu bagi mencegah kejadian sama berulang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast