KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan larangan penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi infografik ’10 langkah pengundian pada hari mengundi’ yang dimuat naik suruhanjaya tersebut di media sosialnya.
Berdasarkan infografik berkenaan, pengundi diminta menyerahkan telefon bimbit masing-masing kepada pegawai bertugas semasa mengambil kertas undi.
Telefon bimbit itu akan dikembalikan semula oleh petugas berkenaan ketika pengundi keluar dari tempat mengundi.
Bulan lalu, Pengerusi Parti Pejuang tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa SPR mengharamkan telefon bimbit di dalam pusat mengundi, demi menjaga hak dan privasi pengundi serta mencegah rasuah.
Katanya, sesetengah parti politik membayar pengundi untuk mengundi mereka, dengan syarat diberikan sebagai bukti.- MalaysiaGazette