Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis memburu dua individu yang meragut seorang wanita berhampiran Stesen LRT Sri Rampai, Titiwangsa, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai akauntan dalam perjalanan ke tempatkan kerjanya di Jalan Desa Putra

“Siasatan polis berdasarkan laporan diterima daripada mangsa mendapati dia telah didatangi dua individu lelaki bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

“Kedua-dua suspek bersenjatakan pisau itu kemudiannya meragut beg milik mangsa yang mengandungi komputer riba dan telefon bimbit sebelum berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ashari, mangsa membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan mangsa tidak dapat mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek.

Tambah beliau, pihak telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana meragut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ragut itu diminta menyalurkannya balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast