Asyraf Khalid dan Tya Arifin.

KUALA LUMPUR – Usahawan yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid pernah dilarang bapanya, Datuk K berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon kelahiran seberang, Tya Arifin.

Ini kerana ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.

“Apabila cakap hendak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun.

“Malah bukan sahaja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu, mereka tidak pernah berjumpa Tya dan sebaliknya tahu dia artis di Indonesia.

“Saya memang hendak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.

“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tidak ada tidak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya yang berkongsi pengalaman itu di media sosial.

Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.

“Saya bukan suami yang sempurna namun menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.

Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast