Alejandro Garnacho. Foto Forbes.
LONDON – Pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho telah menunjukkan banyak perubahan dari sikap pemain itu di dalam padang serta kehidupan peribadinya selepas menerima hukuman dari pengurus Eric Ten Hag pada awal musim ini.
Menurut Dailymail, pemain United menyifatkan Garnacho sebagai seorang personaliti yang pemalu namun penampilannya di atas padang agak berbeza.
Ini kerana mereka menyifatkan beliau merupakan seorang pemain yang mempunyai keyakinan yang tinggi di atas padang.
“Selain itu terdapat perubahan ketara dalam sikap Garnacho sejak pra-musim di mana dia kini antara pemain pertama yang datang berlatih di Carrington.
“Meskipun sudah layak untuk menjadi pemain regular dalam skuad utama namun Erik Ten Hag cuba menutup pengaruh-pengaruh yang mengelilingi Garnacho.
“Contohnya, Garnacho masih tidak dibenarkan berpindah ke bilik persalinan pasukan pertama di Carrington,” tulis wartawan, Chris Wheeler.
Sumber lain juga mengatakan fizikalnya kini telah berkembang sejak dia tiba di kelab dan jurulatih berpuas hati dengan komitmennya di gimnasium.
Pemain kelahiran Argentina ini juga difahamkan kini semakin hampir untuk fasih dalam berbahasa Inggeris selepas menyertai kelas pelajaran bahasa inggeris. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast