PN Rembau
Nazree Yunus berucap pada program ceramah kelompok di Taman Anggerik, Senawang, malam ini.

SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan inisiatif Rembau Maju Bersama yang mengandungi tawaran kepada penduduk Rembau bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Calon PN bagi kerusi Parlimen Rembau, Nazree Yunus berkata, pengumuman mengenai inisiatif tersebut akan dibuat esok atau lusa.

“Antara yang saya boleh sebut sedikit adalah tentang ekopelancongan, pusat kegiatan belia dan pusat pemerkasaan wanita di Rembau,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok di Taman Anggerik, Senawang, malam ini.

Sementara itu, beliau berkata, pendekatan politik baharu yang ingin dibawa oleh PN adalah berbeza dengan parti-parti politik lain seperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Nazree menambah, PN mesti membawa politik pengetahuan dan berunsur dakwah serta menyeru semua pihak ke arah kebaikan.

“Kita ingatkan orang lain jangan buat perkara yang tidak betul,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pendekatan itu mesti disampaikan kepada generasi baharu agar mereka memahami politik baharu yang dibawa PN adalah bersih, stabil dan mampu menjaga masyarakat berbilang kaum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast