Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, Faezah Ishak.

JERANTUT – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, Faezah Ishak meletakkan lima fokus untuk memacu kawasan itu ke arah yang lebih baik dan dinamik.

Calon berusia 35 tahun mempunyai hasrat besar untuk DUN Tahan supaya lebih maju dalam bidang agro-pelancongan dan eco-pelancongan yang sudah sinonim dengan Taman Negara.

Faezah juga mahu meningkatkan pembangunan modal insan dengan prasarana terbaik bagi golongan Orang Asli di kawasannya.

Selain itu, beliau mahu pelan tindakan lebih komprehensif dalam menghadapi banjir dan bencana yang kerap berlaku dan kebanyakan kampung tradisi di dalam DUN Tahan terletak di pesisir Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.

Fokusnya besarnya untuk membangunkan DUN Tahan sebagai hab pengeluaran makanan untuk membantu menyelesaikan isu keselamatan makanan dengan tindakan bersepadu bersama agensi kerajaan persekutuan dan negeri.

Kawasan DUN Tahan mempunyai penduduk dan demografi yang berbeza kerana kedudukan geografi yang luas serta bersempadanan dengan Terengganu.

Beliau juga mahu isu sosial dan kebajikan, pendidikan dan kesihatan diperkasakan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerantut itu turut prihatin dengan hak asasi wanita dan perlindungan kanak-kanak wajar dipertingkatkan.

Faezah sebagai anak watan Felda Sungai Retang mahu kawasan Felda berperanan sebagai satu kawasan yang aktif dengan pengeluaran tanaman berkelompok kerana terdapat kawasan tanah kosong yang boleh ditanam dengan tanaman kontan sebagai langkah penjimatan dan menjadi pendapatan sampingan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast