Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR – “Selamat datang ke Kluster Mahkamah, Muhammad Faiz Fadzil,” kata pentadbir Facebook Najib Razak.

Dalam hantaran itu, katanya, perbicaraan ke atas Muhammad Faiz bermula pada 6 Disember 2022 di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Tangkap layar yang dimuatnaik pentadbir Facebook Najib Razak

Muhammad Faiz, 45, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan melakukan serangan seksual bagi mencabul kehormatan seorang jurujual wanita.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun, antara jam 9.45 dan 11.30 malam, pada 8 Mac 2021

Dia dituduh melakukan kesalahan itu ketika berada dalam sebuah kereta dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. PKR DAN PH MEMANG BERMASALAH TERUTAMA DI DALAM KES SEKS..
    SEPERTI PEPATAH MELAYU KALAU BAPA BOREK ANAK RINTIK..MANA TAK TURUN KUAH KALAU TIDAK KE NASI.
    LIWAT,AMANG SEKS ATAU CABUL MEMANG ADA DALAM PKR/PH

Comments are closed.