Calon PH Parlimen Bentong, Young Syefura Othman ketika berucap ketika berkempen di Bentong Makmur malam ini.

BENTONG – Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kebajikan rakyat pasti akan lebih terjaga.

Itu tegas calon PH Parlimen Bentong, Young Syefura Othman atau dikenali Rara semasa berucap pada ceramah PH di Bentong Makmur malam ini.

“Kalau kita lihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, di bawah Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), apa yang mereka telah buat?

“Kalau di bawah (Tan Sri) Muhyiddin Yassin (PN) bersama Pas, kita lihat sewaktu Covid-19 melanda negara, sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kita tengok PKP yang terlalu panjang dan terlalu lama,” kata pemimpin DAP itu.

Dalam tempoh kira-kira 30 bulan tersebut, Rara berkata, ramai yang telah hilang pendapatan dan sumber kewangan.

“Kita tengok semasa di bawah BN, semasa mereka memerintah dan banjir buruk awal tahun lepas, mereka ambil tindakan yang sangat lambat,” dakwanya.

Tambah Rara, ini jelas membuktikan dua gabungan parti itu gagal untuk menjadi sebuah kerajaan dan tidak tahu menjaga negara dengan lebih baik.

“Mereka merosakkan ekonomi negara, mereka hanya penuh dengan rasuah, korupsi dan ketirisan wang,” dakwanya.

Justeru, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari itu menyeru semua pengundi di Bentong untuk membuat pilihan dan memberi mandat kepada pihak yang amanah dan bertanggungjawab seperti PH pada 19 November ini.

Pada PRU15 kali ini, selain Rara, kira-kira 70,000 warga Bentong bakal memilih salah seorang daripada lima calon wakil rakyat baharu iaitu Achik Khalil (Bebas), Tan Sri Liow Tiong Lai (MCA-BN), Datuk Roslan Hassan (Bersatu-PN) dan penyandang kerusi itu, Wong Tack (Bebas). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pakatan Harapan 22 bulan habis semua harta negara dijual..apa yg rakuat dapat? Menteri Kewangan bodoh dgn $30 hinggit!

Comments are closed.