KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mendahului dalam penilaian keseluruhan berkaitan dengan pendidikan yang ditawarkan dalam manifesto parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Manakala Perikatan Nasional 44.44 peratus. Pakatan Harapan 33.70 peratus dan Gerakan Tanah Air 24.07 peratus.

Penilaian manifesto berteraskan pendidikan ini dilakukan berdasarkan 30 tuntutan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kepada parti politik yang bertanding dalam PRU-15.

Berdasarkan analisa yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Khas Penarafan Manifesto Pendidikan, GPMS mendapati empat manifesto parti politik yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) telah mencatatkan skor yang rendah terhadap Dasar Pendidikan yang dituntut oleh GPMS.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada GTA yang membuat tawaran yang hampir sama dengan tuntutan GPMS agar negara mengadakan sebuah suruhanjaya pendidikan yang bertindak bebas dan professional dalam menggubal dasar-dasar

GTA menerusi manifestonya telah mencadangkan agar diwujudkan sebuah jawatankuasa yang mengumpulkan ahli professional bagi
membincangkan dasar-dasar pendidikan negara.

Skor yang tertinggi dan setara dicatatkan oleh BN dan PH yang berkongsi matlamat untuk menaiktaraf pendidikan tahfiz di dalam negara. Hal ini dinyatakan dengan tawaran BN untuk memperkasa agenda tahfiz negara dengan menaik taraf Darul Quran menjadi Universiti Al-Quran manakala PN juga beriltizam memperkasakan agenda tahfiz dengan memberi peruntukkan khas bagi sekolah tahfiz.

PH pula mempunyai dasar pendidikannya yang tersendiri namun tidak menepati mana-mana tuntutan dasar pendidikan yang dikemukakan GPMS.

GPMS memuji azam kesemua parti-parti politik yang mahu menaik taraf dan meningkatkan infrastruktur sekolah serta kemudahan-kemudahan di dalamnya agar ia memberikan keselesaan kepada para guru dan pada masa yang sama mampu meningkatkan lagi penyampaian ilmu kepada pelajar, baik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.

Hampir kesemua parti politik mengemukakan pernyataan dalam menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan sekolah dan institusi pengajian tinggi dan pujian harus diberikan kepada BN dan PN yang menepati tiga daripada enam tuntutan yang dikemukakan oleh GPMS.

Ini termasuklah penyelenggaran sekolah daif, pengintegrasian teknologi digital dalam bilik darjah dan meluaskan capaian internet di sekolah.

GPMS juga menyambut baik inisiatif untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran buat pelajar berkeperluan khas dan OKU seperti yang dikemukakan oleh PH dan PN manakala azam GTA untuk mengasimilasikan teknologi digital dan pembelajaran sekolah walau tidak dihuraikan dengan jelas dan spesifik.

Menurutnya, GPMS juga memuji parti politik yang telah meletakkan agenda perguruan yang merupakan sumber insan yang utama dan terpenting dalam negara kerana jika parti-parti politik hanya menumpukan kepada kemajuan infrastruktur dan perkakas tanpa memperkasakan guru, GPMS khuatir kerjaya guru akan merudum dan membawa bebanan tugas kepada mereka.

Untuk itu, GPMS memuji inisiatif BN dan PH yang menyatakan dengan teliti di dalam manifesto untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru. Hal ini dinyatakan oleh PH untuk menyediakan pembantu guru dan BN pula ingin mengangkat profesion perguruan bagi menarik bakat-bakat terbaik untuk memilih bidang perguruan.

GPMS juga memuji langkah BN, PN dan PH untuk memberi kemudahan kepada para guru seperti pemberian laptop percuma dan menaiktaraf bilik rehat guru yang secara tidak langsung akan meningkatkan kebajikan guru.

Bagi teras Pendanaan Pendidikan, GPMS memuji usaha BN dalam menyediakan kos kemasukan secara percuma untuk anak-anak pra-sekolah, seperti yang dikemukakan oleh GPMS.

GPMS juga memuji inisiatif PN yang sama dengan tuntutan GPMS untuk memberi diskaun dua puluh lima (25%) peratus kepada peminjam PTPTN yang
mendapat ijazah kelas kedua atas.

Kedua-dua inisiatif ini dianggarkan mampu memberikan impak yang tinggi baik kepada ibu bapa berpendapatan rendah mahupun lepasan universiti dan kolej untuk mendepani kos sara hidup yang lebih mencabar dewasa ini.

Inisiatif PH memperkenalkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar sekolah dan penuntut pengajian tinggi dalam golongan B40 juga haruslah dipuji. Tidak ketinggalan GTA yang mahu meningkatkan lebih banyak subsidi kepada pelajar kelompok B40.

Pun begitu, GPMS melihat secara serius ketiadaan pernyataan mana-mana parti politik untuk menambah lagi subsidi dan biasiswa buat pelajar di bawah MARA dan Yayasan Peneraju serta skim pembiayaan untuk pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat pasca siswazah.

Bagi langkah-langkah parti politik untuk menangani kos sara hidup pelajar, PH dilihat mendahului berbanding parti-parti politik lain dengan pelbagai
inisiatif yang menghampiri tuntutan GPMS seperti kad diskaun belia, sarapan percuma untuk pelajar sekolah, skim sewaan rumah belia dan bantuan kemudahan buat pelajar berkemahiran.

BN juga tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif yang tegas untuk memuktamadkan elaun minimum buat pelajar yang menjalani latihan praktikal dan
bantuan pengajian percuma buat kelompok pelajar miskin dan berkemampuan.

Inisiatif PN untuk memperkenalkan kemudahan bas sekolah percuma juga wajar dipuji kerana menyamai dengan tuntutan menangani kos sara hidup pelajar oleh GPMS. – MalaysiaGazette