Dr. Raduan Che Rose.

KUALA LUMPUR – Majlis Profesor Negara (MPN) tidak terlibat secara langsung dan tidak langusng dengan gerakan yang dikenali sebagai Profesor Melayu G70.

Ia termasuk pendirian gerakan itu serta deklarasinya yang menyokong pihak tertentu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Presiden MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, bahkan MPB mendapati sejumlah besar gerakan ini telah pencen, lantas tidak boleh menggunakan lagi gelaran profesor kecuali dilantik sebagai Profesor Emeritus ahli kepada pergerakan tertentu.

Raduan berkata, MPN menghormati hak individu termasuk para profesor yang mempunyai hak kebebasan bercakap dan bersuara, mengeluarkan pendapat dan buah fikiran serta berpersatuan selaras Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, sebagai pertubuhan yang mewakili para ilmuan tertinggi negara, MPN sentiasa beriltizam dan berusaha memberikan sumbangan kepakaran akademik para ahlinya dalam setiap bidang melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan selaras dengan statusnya sebagai pemikir negara.

MPN mempunyai lebih 3,000 hali penuh yang merupakan profesor dari universiti awam dan swasta dan 7,000 profesor madya sebagai ahli bersekutu.

Selain itu, lebih 200 tokoh industri yang pakar dalam bidang masing-masing menyertai MPN sebagai Ahli Kehormat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast