Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) menyantuni masyarakat Cina dalam Majlis Ramah Mesra meraikan Calon Parlimen Kuantan, DUN Teruntum serta Tanjung Lumpur.

KUANTAN – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuantan, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar akan menggunakan baki masa berkempen sebaik mungkin dengan menemui pengundi secara besemuka.

Abdul Hamid yang mengaku tidak mampu menemui semua 87,000 pengundi kawasan itu berkata, beliau akan terus bekerja keras pada fasa terakhir sebelum hari mengundi.

“Meskipun ada separuh melihat kepada media sosial, ada juga yang lihat pada rekod, tapi kalau pengundi tengok pada rekod, mereka akan berpihak kepada BN.

Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar

“Mesti laksanakan yang terbaik kalau tidak berjanji, dalam hidup kita mesti buat yang terbaik, sampaikan mesej secara bersemuka lebih berkesan,” katanya.

Abdul Hamid yang merupakan calon muka baharu akan bersaing dengan calon Pakatan Harapan (PH), Fuziah Salleh, Wan Razali Wan Nor (PN) dan Mejar Anuar Tajuddin (Pejuang) bagi merebut kerusi parlimen Kuantan..

Sementara itu, Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail yakin BN mampu merampas Kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang masing-masing dipegang Fuziah dan Datuk Seri Saifuddin Abdullah dari PH.

“Misi kali ini ini juga untuk menawan empat DUN (dewan Undangan Negeri) yang tidak dikuasai BN termasuk DUN Semambu, Beserah, Tanjung Lumpur dan Teruntum,” katanya yang juga Menteri Besar Pahang.

Tambah beliau, secara keseluruhan, penduduk menyuarakan hasrat untuk melihat perubahan kepimpinan kepada BN di kawasan tersebut bagi menikmati pembangunan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast