Nik Omar Nik Aziz. foto AFIQ RAZALI, 27 DISEMBER 2018.
Nik Omar Nik Aziz. foto AFIQ RAZALI, 27 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR- Calon Pakatan Harapan (PH) Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak mendapat restu ibunya untuk bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecuali atas tiket Pas.

Kenyataan yang dikeluarkan ibu Nik Omar Nik Abdul Aziz.

“Almarhum Tuan Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan saya telah mendidik anak-anak kami sejak daripada kecil lagi agar istiqamah dengan perjuangan Islam bersama parti Pas,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Pas, malam tadi.

Bulan lalu, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Nik Omar akan bertanding mewakili gabungan parti berkenaan di Pasir Salak atas kuota PKR.

Anak sulung bekas Mursyidul Pas itu memberitahu, tujuan beliau bertanding pada PRU15 di bawah tiket PH adalah bagi memenuhi impian bapanya yang mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Tambahnya, allahyarham bapanya meluahkan hasrat berkenaan sebelum meninggal dunia pada 2015.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast