Jersi terbaharu pasukan Harimau Malaya. Gambar FB Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya memperkenalkan jersi terbaharu edisi 2022-2024 daripada Nike bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’.

Jersi utama atau jersi ‘home’ edisi kali ini mengekalkan kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi ‘away’ juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.

Majlis pelancaran kedua-dua jersi berwajah baharu itu disempurnakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berharap jersi baharu itu dapat menaikkan lagi semangat pemain Harimau Malaya apabila mereka beraksi di pentas Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Disember ini dan Piala Asia 2023 di Qatar.- MalaysiaGazette