Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengharapkan agar rakyat negeri itu tidak silap pecaturan dalam memilih pemimpin menjelang hari  Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) pada Sabtu ini.

Katanya, masa yang dinantikan sudah pun tiba bagi rakyat membuat pilihan yang akan menentukan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang.

“Pada tahun 2018 ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan untuk merubah kerajaan dan semenjak itu negara menjadi tidak stabil sehingga hari ini.

“Ekonomi kita merundum, harga sawit jatuh dan pekerja-pekerja kontrak dibuang, BRIM tidak diteruskan,subsidi nelayan, petani dikurangkan selain bekalan minyak diesel dipotong.

“Selain itu rakyat perlu ingat aset-aset negara dijual dan janji-janji tidak ditunaikan malah projek-projek berimpak tinggi dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video yang dikongsikan melalui Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Katanya, semua yang berlaku itu telah memberi kesan kepada negara dan Johor khususnya apabila pelabur tidak lagi yakin untuk melabur di Malaysia.

“Saya khuatir perkara yang sama berulang di mana rakyat Malaysia akan merana selama lima tahun lagi.

“Perkara ini yang membimbangkan saya jika pengundi buat perkara sama pada tahun 2018.

”Saudari sekalian yang saya kasihi bayangkan jika perkara-perkara berimpak tinggi seperti HSR tidak dibatalkan. Saudara saudari semua yang tinggal di Kuala Lumpur dapat menziarah ibu bapa di Muar dalam masa 45 minit.

“Mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan pendidikan atau ingin melancong ke Singapira hanya memerlukan masa 90 minit dari Kuala Lumpur berbanding 5 jam buat masa ini,” tambah beliau.

Beliau berkata, sudah tentu pelbagai kemudahan dan kemajuan akan dibawa kerajaan BN, sekali gus akan merangsang ekonomi, malah mencipta peluang pekerjaan di Johor.

Projek HSR itu juga memberi impak positif penduduk di kawasan Melaka,Negeri Sembila,Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“ Apa yang saya kongsikan ini boleh menjadi satu realiti jika kita semua mengundi BN pada PRU-15 ini.

“Satu undi untuk Pakatan Harapan atan Perikatan Nasional adalah satu untuk ketidakstabilan dan kehancuran negara. Oleh itu pilihlah sebuah kerajaan yang boleh membawa kestabilan dan memulihkan ekonomi negara

“Saya sedar dan insaf bahawa UMNO dan BN mempunyai kelemahan namun kami sedar dan sentiasa muhasabah dan mencari ruang untuk memperbaiki kelemahan kami,” ujarnya lagu.

Onn berkata, BN akan terus berusaha memberi yang terbaik demi kesejahteraan rakyat memangdangkan kemakmuran rakyat merupakan agenda utama kerajaan.

“Buat semua rakyat Malaysia pada 19 November ini berilah kepercayaan dan mandat anda kepada Barisan Nasional.Kembalikan  kestabilan negeri dan negara yang kita cintai,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast