Kejadian membabitkan empat buat kereta dan dua orang pemandu cedera dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 22, Jalan Lipis - Merapoh berdekatan Padang Tengku, Lipis, Pahang hari ini. - Foto Media sosial.

LIPIS – Dua orang pemandu cedera dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang untuk mengundi di tempat masing-masing di Kilometer 22, Jalan Lipis – Merapoh berdekatan Padang Tengku dekat sini petang ini.

Dalam kejadian pukul1.47 tengah hari, Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu melibatkan empat buah kenderaan berpunca apabila kereta jenis Perodua Bezza dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan hilang kawalan dan terlanggar dua buah kereta di hadapan.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Perodua Bezza berkenaan telah terbabas dan masuk ke laluan kanan serta bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.

“Pertembungan kedua-dua kenderaan tersebut menyebabkan pemandu Perodua Bezza dan Toyota Hilux cuma mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, kemalangan tersebut berlaku di jalan lurus, jalan selorong sehala, garisan putus-putus di tengah sebagai pembahagi jalan.

Polis menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan berhati-hati ketika memandu dan memastikan kenderaan masing-masing diselenggara dengan baik khususnya ketika melakukan perjalanan yang jauh.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast