Jentera Perikatan Nasional melakukan flashmob bagi meraih undi pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Plaza Tol Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.

TEMERLOH – Tinggal beberapa jam sehingga tempoh tamat berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), puluhan penyokong Perikatan Nasional (PN) mengambil peluang meraih undi warga perantauan yang baru pulang melalui Plaza Tol Temerloh.

Bukan sahaja mengibarkan bendera dan mempamerkan plakad, kumpulan itu juga mengagihkan bahan kempen seperti risalah dan bendera menerusi program ‘flashmob’ kepada setiap kenderaan yang melepasi mereka bermula pukul 5 petang tadi.


Turut kelihatan para penyokong yang bersemangat mengibarkan bendera gergasi PN di atas bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda yang diparkir.

Lebih meriah, program itu turut mendapat sambutan  daripada pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan dan bersorak sebagai tanda sokongan.

Jentera Perikatan Nasional melakukan flashmob bagi meraih undi pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Plaza Tol Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.

Pengguna jalan raya dipercayai  perantau dari Lembah Klang menuju ke arah Terengganu kebiasaannya melalui Plaza Tol Temerloh untuk Pulang ke Jerantut, Kuala Krau, Temerloh, Mentakab dan Bera.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai tarikh mengundi PRU15 bagi kerusi Parlimen seluruh negara dan Dewan Undangan Negeri di tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast