Liow Tiong Lai

BENTONG – Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Liow Tiong Lai rasa terpanggil mengenai proses penghakiman kes pesawat MH17 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Daerah The Hague.

“Sebagai Menteri Pengangkutan ketika itu, saya pernah menyatakan Malaysia tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan bagi mereka yang terkorban dalam pesawat Malysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

“Kesakitan kehilangan orang tersayang tidak akan pernah hilang. Fikiran dan doa saya sentiasa bersama keluarga mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiong Lai muncul semula dalam arena politik apabila menjadi calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Bentong dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Semalam, mahkamah di Belanda itu memutuskan dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia puas hati penghakiman kes pesawat MH17

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast