Rafizi Ramli

PETALING JAYA – PKR akan memfailkan petisyen mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa mengeluarkan kenyataan membawa ancaman kepada ketenteraman awam.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia susulan satu video ucapan Muhyiddin yang tular di media sosial ketika tempoh berkempen yang didakwa mengaitkan pembangkang dengan agenda Yahudi dan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Beliau menjelaskan, Ketua Angkatan Muda (PKR), Adam Adli akan turut membuat laporan polis supaya siasatan ke atas Presiden Bersatu itu yang juga perdana menteri kelapan.

“Apa pun keputusan pilihan raya di Pagoh, PKR akan memfailkan petisyen jika beliau menang kerana jelas berlaku pelanggaran Akta Pilihan Raya.
“Ini kerana kita mempunyai bukti video yang memaparkan Muhyiddin cuba mengancam ketenteraman orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini.
“Walaupun akta itu pada tahun 1952 dan tiada disebut tular, namun kandungan video itu melanggar peruntukan Seksyen 4A akta berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, satu klip video berdurasi 1 minit 44 saat tular di media sosial memaparkan Muhyiddin memberitahu penonton supaya tidak memilih Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya esok.
Menurut Muhyiddin, PH adalah parti yang bahaya kerana beliau pernah terjumpa video mengenai sekumpulan orang Yahudi bercakap tentang Malaysia.

Calon PN Parlimen Pagoh itu mendakwa, kumpulan berkenaan berdoa supaya Malaysia jatuh ke tangan pembangkang yang menaja Yahudi dan Kristian.

Bekas perdana menteri itu mendakwa ada orang Islam pergi gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan telah berlaku proses Kristianisasi di negara ini. – MalaysiaGazette

Kenyataan anti-Kristian Muhyiddin boleh cetus ketegangan kaum

1 Komen

  1. Orang awam kalau mengugut baik secara lisan mahupun fizikal mana2 penjawat awam akan dijatuhkan hukuman berat/penjara. Apakah hukuman yang sama akan dikenakan bilamana mana2 calon pilhanraya yang berbuat demikian?
    Harap hakim boleh jawab.

Comments are closed.