Tempoh 14 hari berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 5 November lalu akan tamat pada pukul 11.59 malam ini.
Ini bermakna selepas tempoh itu, segala aktiviti merayu undi tidak dibenarkan langsung terutamanya pada hari pengundian esok di 222 kerusi Parlimen, dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15), serta DUN Bugaya, Sabah.