Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni warga setempat pada Program Ramah Mesra bersama Penduduk Felda Tementi pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Triang, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 18 NOVEMBER 2022.

BERA – Perdana Menteri berharap sebarang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diterima dengan tenang tanpa berlaku sebarang provokasi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mahu berlaku kekecohan seperti sebelum ini.

“Saya harap malam esok apabila keputusan diumumkan, semua kita boleh terima keputusan dengan semangat yang tinggi dan hati terbuka.

“Menang kalah adat pertandingan,” katanya pada sidang media selepas bertemu penduduk Bandar 32 di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihaknya mengucapkan syukur kerana proses kempen selama dua minggu tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Diminta nasihat kepada pengundi, Perdana Menteri mahu lebih 21 juta pengundi membuat pilihan tepat dengan mengangkat parti yang sudah terbukti membawa kestabilan dan kemakmuran di negara ini.

Beliau juga mahu para pengundi yang pulan ke kampung halaman supaya berhati-hati memandu di jalan raya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast