Anwar Ibrahim memohon maaf kepada pengundi yang sedang beratur di SK Seri Penanti susulan terpaksa potong barisan.

SEBERANG PERAI – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memotong barisan untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini, hari ini.

Ia susulan kehadiran calon PH Parlimen Tambun, Perak itu mendapat tumpuan lebih 50 pengamal media dalam dan luar negara hingga menyebabkan kawasan tersebut sesak selain mengganggu pengundi lain yang sedang menunggu giliran.

Bagi meredakan keadaan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San meminta kebenaran daripada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan Anwar mengundi dahulu.

Anwar Ibrahim menunjukkan kertas undi kepada pihak media sebelum memasukannya ke dalam peti undi.

Sebaik mendapat kebenaran untuk potong barisan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meminta maaf kepada pengundi yang sedang berbaris atas alasan terpaksa berbuat demikian bagi memastikan keselesaan orang ramai dan kelancaran proses pengundian.

“Saya minta maaf terpaksa ke depan, kalau tidak sesak dengan wartawan di sini.

“Selepas selesai mengundi saya akan bergerak ke Tambun untuk meninjau proses pengundian dan berjumpa dengan penyokong saya di sana,”katanya.

Anwar menunjukkan dakwat kekal pada jarinya sebaik selesai mengundi.

Terdahulu, Anwar yang mengenakan baju kemeja berwarna biru muda tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 8.56 pagi dan beliau dilaporkan selesai mengundi dengan dakwat kekal di jari pada jam 9.06 pagi.

Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan penyandang kerusi berkenaan, Nurul Izzah Anwar, 42, (PH)  dengan tiga lagi pesaingnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, 53 (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan, 39 (Perikatan Nasional) dan Mohamad Nasir Othman, 64 (GTA- Pejuang). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. IKUT NAFSU LESU IKUT HATI MATI….gelojohnya perangai nak jadi pm…orang munafik dan peliwat ini boleh bagi laluan KHAS….ramai lagi warga emas/sakit/oku yang perlu didahulukan

    yg bengong disana petugas spr dan polis double standard

    PKR…P arti K hianat R akyat serta P akatan H ancing DAPIGS perlu ditumbangkan hari ini

Comments are closed.