KUALA LUMPUR- Dua buah kereta terbakar berhampiran Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur, tengahari tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.37 tengahari melibatkan insiden melibatkan sebuah kereta Honda Jazz dan Perodua Viva.
“Kereta Honda berkenaan terbakar 100 peratus manakala kebakaran pada kereta Perodua adalah 50 peratus dan berjaya dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- MalaysiaGazette