ROMPIN – Proses pengundian bagi kerusi N42 Dewan Undangan Negeri Tioman yang sepatutnya bermula jam 8 pagi ini mungkin ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Ini berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli jam 3.30 pagi tadi.
Sumber memberitahu, proses itu sama seperti di Parlimen Padang Serai di mana pengundian di kerusi tersebut telah ditangguh ke 7 Disember susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya.
Selain Allahyarham, empat calon masing-masing mewakili Barisan Nasional, Pakatan Harapan, bebas dan Pejuang bertanding di DUN Tioman.
Artikel berkaitan:
— MalaysiaGazette