Md Yunus Ramli

ROMPIN – Calon Perikatan Nasional (PN) N42 DUN Tioman, meninggal meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi.

Md Yunus Ramli, 61 tahun dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

MalaysiaGazette dimaklumkan, Allahyarham dilaporkan mengadu sakit dada dan dibawa ke Hospital Rompin oleh anaknya untuk menerima rawatan pada jam 3 pagi tadi.

Md Yunus juga dilaporkan menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan mengalami masalah jantung.

Pada Oktober tahun lalu beliau pernah dirawat di Hospital Rompin kerana serangan jantung.

Sementara itu sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memutuskan berhubung status pilihan raya di kawasan tersebut.  – MalaysiaGazette