Anwar Ibrahim. Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menerima banyak aduan rakyat berkaitan kegagalan mengakses laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyemak tempat mengundi sejak malam tadi.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SPR sepatutnya melakukan persiapan rapi bagi memastikan segalanya berjalan lancar menjelang pengundian.

“Justeru, SPR didesak untuk segera memperbetul masalah ini,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Laman web SPR tidak dapat dilayari sejak petang semalam menyebabkan orang ramai tidak dapat menyemak lokasi dan saluran mengundi.

Semakan sehingga pukul 10 pagi ini mendapati laman web MySPR Semak masih belum dapat diakses.

Malah aplikasi MySPR juga tidak dapat dilayari.

Hari ini, lebih 20 juta pemilih berdaftar dijangka keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast