KUANTAN – Suami isteri dan seorang bayi maut dalam kemalangan di Kilometer 200, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan Kampung Paya Bungor petang tadi.
Dalam kejadian pukul 3.15 petang, kemalangan berlaku apabila kenderaan Hilux yang dinaiki oleh enam sekeluarga itu terbabas dan melanggar pokok.
Pegawai Operasi BBP Taman Tas, Mohd Razali Jusoh berkata, terdapat dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan dan seorang daripadanya seorang bayi yang berada dalam kenderaan itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk pemeriksaan dan rawatan.
Bagaimanapun bayi malang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala tiga lagi kanak-kanak yang berada dalam kenderaan cedera.
“Mangsa pasangan suami isteri meninggal dunia akibat tersepit dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan dengan menggunakan alat khas penyelamatan bomba.
“Kakitangan perubatan mengesahkan kematian pasangan itu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan rasmi, hari ini.- MalaysiaGazette