GEORGE TOWN –  Semua calon yang bertanding atas tiket Pejuang dan Warisan di sembilan Parlimen di negeri ini hilang wang pertaruhan masing-masing semalam.

Kesemua mereka gagal memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebanyak lima kerusi ditandingi Parti Perjuang manakala empat bagi Warisan.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) calon Pejuang Kepala Batas hanya memperoleh 747 undi diikuti Bagan (1,323); Tasek Gelugor (406); Permatang Pauh (473); Balik Pulau (341).

Calon Warisan pula mendapat undian di Tasek Gelugor sebanyak 179 diikuti; Batu Kawan (450); Jelutong (442) dan Bayan Baru (440).

MalaysiaGazette pada hari pencalonan melaporkan seramai 58 individu berentap bagi merebut 13 kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU15.

Bagaimanapun semalam, 10 calon daripada Pakatan Harapan berjaya memenangi kerusi yang ditandingi manakala tiga lagi dimiliki oleh Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

PRU15: Nama besar, calon selebriti hilang deposit

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast