KUALA LUMPUR – “Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat.”
Itu kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyyiddin Yassin dalam media sosialnya hari ini.
Beliau berkata demikian selepas memuatnaik pertemuannya dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediamannya hari ini.
Pertemuan itu bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan ahli Parlimen bebas, kata Muhyiddin.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: