Kenderaan yang dipercayai membawa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di kediaman Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pertemuan susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 20 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah sekali gus menjadikan Parlimen tergantung.

Kira-kira jam 11 pagi, kenderaan dipercayai membawa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di kediaman Muhyiddin.

Beliau dipercayai bertemu Presiden Bersatu itu bagi menyatakan pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menentukan gabungan sama ada dengan Perikatan Nasional dan parti-parti lain atau pun Pakatan Harapan bersama parti-parti lain.

Peranan GPS dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) diperlukan oleh PN dan PH yang masing-masing memperolehi 73 dan 82 kerusi Parlimen iatu jumlah yang tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan.

GPS menang di 22 kerusi parlimen manakala GRS pula 6 kerusi.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast