IPOH – Perikatan Nasional (PN) Perak akan berbincang dengan Barisan Nasional (BN) secepat mungkin bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri.
Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria berkata, gabungan itu telah menang 26 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memerlukan empat kerusi lagi untuk majoriti mudah.
Menurut beliau, pendirian PN adalah jelas iaitu tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan DAP.
“Ruang yang ada sekarang adalah rakan-rakan kita yang ada di BN. Perbincangan akan diadakan,” katanya dalam sidang media di Wisma Purnama awal pagi ini. – MalaysiaGazette