Setelah kerajaan Perak ditubuhkan dengan kerjasaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) - langkah yang sama bakal disusuli oleh kepimpinan kedua-dua gabungan parti itu di Pahang.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Setelah kerajaan Perak ditubuhkan dengan kerjasaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) – langkah yang sama bakal disusuli oleh kepimpinan kedua-dua gabungan parti itu di Pahang.

Kedua-dua gabungan parti itu bersetuju menjalinkan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah mengesahkan perkara itu hari ini.

“Ya, PH Pahang bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi kami menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan (PH) pusat,” katanya seperti dipetik dari laporan Bernama.

Terdahulu Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan BN dan PH sudah setuju membentuk kerajaan negeri di Perak hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak ketika dihubungi memaklumkan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Kerajaan negeri Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ini yang mempunya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi manakala PH memperoleh lapan kerusi dengan enam daripadanya  dari DAP manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi.

Bagaimanapun proses pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hanya akan diadakan pada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada hari pengundian PRU15 diadakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.