Anggota polis mengawal sekitar pintu utama Istana Negara pada hari ini yang dipercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan pembubaran parlimen di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Tempoh mengemukakan gabungan politik dan nama calon Perdana Menteri ke-10 kepada Istana Negara dilanjutkan sehingga 2 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah perkenan Seri Paduka Baginda itu dikeluarkan susulan permohonan yang dibuat oleh ketua parti-parti politik dan gabungan kepada pihak Istana Negara hari ini.

Katanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri selesai.

Baginda dalam masa yang sama turut mengingatkan pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau “Caretaker Prime Minister” berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara (Caretaker Government).

Artikel berkaitan:

“Seri Paduka Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara.

“Baginda seterusnya turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.

Sehingga kini dilaporkan, BN dan Pakatan Harapan (PH) mengadakan perbincangan berkaitan penubuhan kerajaan susulan tiada parti yang menang majoriti mudah pada pilihan raya baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast