Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berakhir  pukul 1 pagi tadi memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Dalam kenyataan satu muka surat itu, UMNO berkata, pihaknya memilih kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan Perpaduan yang bukan diteraju ole Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” kata kenyataan itu UMNO awal pagi ini.

Jelas mesyuarat itu lagi, MKT UMNO juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, UMNO turut tidak mengusulkan cadangan agar presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakan jawatan.

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Mesyuarat yang berlangsung selama lebih lima jam itu turut memutuskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) akan diadakan pada 21 hingga 24 Disember depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. ini semua wak jahid midi punya kerja, celakak btl wak jhid, ludah2 kemudian jilat.. anwar dr banduan ke perdana menteri. ohhh malaysia.. apa mau jadi

  2. Manifesto PH gadai kedaulatan negara – Asyraf Wajdi

    akhirnya BUNGKUS DALAM SATU KAIN….rakyat dan pengundi2 dan penyokong 2 parti dKENCING pemimpin2 MUNAFIK MEREKA

    UMNO/B end…..NO ANWAR NO DAPIGS

    P akatan H ancing….TIDAK DENGAN PERASUAH/SALAH LAKU/KLEOPRAT DAN KLUSTER MAHKAMAH
    akhirnya peliwat pejuang LGBT liberalisme dinobatkan

  3. Zahid dan Anwar dah lama rancang, ahli ahli BN jer yg lalai.. haha.. skang pakat u-turn nak halalkan cara. Munafikun politik.

  4. yang komen diatas ni semua bangang. YDPA yg titahkan untuk bergabung bentuk kerajaan dengan tujuan menstabilkan negara. bukan suka2, tapi PN yang keras kepala xnak bersama2 mentadbir.

Comments are closed.