KUALA LUMPUR – Indeks Pelopor (IP) Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak 0.3
peratus, bersamaan 0.3 mata kepada 109.9 mata pada September 2022
(September 2021: 109.6 mata).
Indeks Pelopor (IP) merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
Jabatan Perangkaan berkata, kenaikan ini disokong oleh Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan dan Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus
Lain.
Berdasarkan prestasi bulanan, IP mencatatkan negatif 1.3 peratus pada bulan rujukan berbanding peningkatan 1.8 peratus pada Ogos 2022.
Trend menurun ini didorong terutamanya oleh Import Benar Semi Konduktor (-0.5%), dan Penawaran Wang Benar, M1 (-0.4%).
Melihat kepada indeks arah aliran jangka panjang terlicin yang dicatatkan
pada September 2022, ianya kekal berada di atas 100.0 mata.
Oleh itu, ekonomi Malaysia dijangka masih mengekalkan momentum
pertumbuhannya walaupun perlahan dan berdepan dengan ketidaktentuan
ekonomi global.