KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) selepas berentap di peringkat Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam hari ini.
Lagu-lagu yang layak ke pentas AJL37 terdiri daripada Korban nyanyian Ernie Zakri, Kembali Terang (Marsha), Terus Hidup (Aina Abdul), Nang (Iman Troye), Sengsara (Khai Bahar), Irama (Shiha) dan Mainan (Naim Daniel).
Turut mara ke final adalah Anugerah Terindah (Aliff Satar & The Locos), Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi), Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim), Satu Malam Di Temasik (Joe Flizzow & Sonaone) dan Payung Pelangi (Noki & MK).
Kemunculan sekali lagi Ernie, Marsha dan Aina di pentas AJL37 nanti bakal memperlihatkan ketiga-tiga penyanyi itu bakal kembali berentap merebut Anugerah Vokal Terbaik.
Sebelum itu, turut beraksi di SSFM37 adalah Habis Sini (Naim Daniel & Ismail Izzani), 24434 (Floor 88), Berakhirlah Pencarianku (Wani Kayrie & Ahmad Syafiq), Sempurna (Insomniacks), Makuta (Hazama, Kmy Kmo & Luca), Berani (Dolla) dan Tak Sangka (Yonnyboii, Asyraf & Zynakal).
Selain itu Khilaf Asmara (Shila Amzah), Terus Hidup (Aina Abdul), Sumpahan Salju (Ara Johari), Sama Seperti Dulu (Hael Husaini), Esok (Amir Masdi) dan Cukup Derita Itu (Siti Nordiana).
Enam lagi lagu yang gagal mara ke AJL37 termasuklah Hitam Saksi Putih (Haqiem Rusli), Perempuan (Jaclyn Victor), Kisah Hati Lara (Naqiu), Damba (Khai Bahar), Takluk Cinta (Puteri Khareeza) dan Demi Kamu (Indah Ruhaila).
Dalam pada itu, AJL37 bakal berlangsung pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil.
Kesemua lagu yang bertanding di peringkat SFMM37 diadili oleh juri profesional terdiri daripada Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi dan Datuk Mokhzani Ismail sekalu ketua juri.
Pertandingan separuh ini bersiaran selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 November yang menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang 2022.
Hari kedua SSFM37 turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi undangan iaitu Syura dan Ramlah Ram menerusi lagu Hati Kama.
Tidak hanya itu, Farahdhiya dan Elyana turut tampil menghiburkan penonton dengan lagu Bertakhta Di Hati dan Tak Tercapai Akalmu. – MalaysiaGazette