ROMPIN – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terkejut apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkannya jawatan senator dan menjadi menteri semasa wakil Perikatan Nasional (PN) mengadakan perbincangan dengannya bagi pembentukan kerajaan negeri baru-baru ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu pelik bagaimana tawaran itu dibuat sedangkan kerajaan Pusat belum dibentuk oleh mana-mana gabungan parti ketika itu.
PN juga menuntut jawatan speaker, exco dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.
“Nampak bukan nak berbincang, nampak macam sudah menetapkan dan menentukan, kemudian saya jawab, saya juga medapat tawaran daripada PH (Pakatan Harapan) juga dan keesokannya mereka tawarkan jawatan Menteri Besar Pahang yang lain kekal.
“Perjumpaan kali kedua, mereka nak speaker, exco seimbang, ADUN dilantik tiga. Kalau saya setuju dengan dengan mereka, saya boleh tersingkir bila-bila masa sebab mereka ada 22 kerusi,” katanya ketika berucap semasa Ceramah Umum PRU15 DUN Tioman di Pasar Besar Rompin malam tadi.
Turut hadir Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Semasa perbincangan itu, Wan Rosdy berkata, PN diwakili Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
Ia berbeza dengan PH yang menawarkan gabungan pembentukan kerajaan negeri tanpa syarat, kata Wan Rosdy.
Menurutnya, perbincangan dengan Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dibuat berasaskan konsep Kerajaan Perpaduan seperti peringkat pusat.
Tawaran yang dinyatakan oleh Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari itu dilihat mendapat persefahaman bersama dan perbincangan syarat selanjutnya akan dilakukan selepas penubuhan kerajaan negeri.
“Saya telah menerima panggilan telefon daripada sahabat saya, Datuk Seri Amirudin yang telah menghubungi saya kerana kedudukan tergantung kerana yang tidak mendapat majoriti mudah.
“Pengerusi PH Pahang itu menyatakan hasrat bersedia berkerjasama tanpa syarat bagi menubuhkan kerajaan demi kestabilan dan kemakmuran. Lepas tubuh kerajaan dan kita bincang satu dua perkara,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Rosdy menegaskan, pemilihan bersama PH dilakukan secara sebulat suara oleh rakan-rakan ADUN BN dan Perhubungan UMNO Pahang.
“Kita nak tubuh kerajaan untuk rakyat negeri Pahang bukan untuk politik, perbincangan perlu dilakukan. Keputusan BN untuk bersama PH dibuat bukan keputusan saya seorang, saya bawa perkara ini bincang dengan semua rakan-rakan ADUN, telah sebulat suara untuk bersama PH.
“Kami masih menawarkan satu kerusi kepada PN kerana berjiwa besar tetapi mereka enggan,” katanya lagi.
Pada 27 November lalu, BN Pahang memutuskan untuk bekerjasama bersama PH bagi membentuk kerajaan negeri disusuli Majlis Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah jawatan Menteri Besar Pahang pada 28 November di Istana Abu Bakar, Pekan.- MalaysiaGazette
kan pn dah cakap pahang titm sebagai mb nya. pas bercadang akan mengambil kesempatan secara beransur2 untok berkuasa diseluruh negara . mulakan dari negeri2 dahulu nanti sampai masa sampai lah putra jaya pula . tak bijak tak apa janji ada kuasa . kuasa islam kuasa berkat . sedikit kerja banyak dapat . kakakakaka