KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.
Kenderaan membawa Perdana Menteri keluar meninggalkan pekarangan pintu utama Istana Negara pukul 9.16 pagi.
Pertemuan tersebut dipercayai bagi mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri.
Bagaimanapun, setakat ini, tujuan sebenar sesi menghadap berkenaan masih menjadi tanda tanya dengan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pukul 8.23 pagi.
Sebelum ini terdapat laporan bahawa senarai Kabinet baharu atau sebahagian daripadanya bakal diumumkan Anwar petang ini.
Dalam satu majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang, malam tadi, Anwar mengesahkan akan menghadap Seri Paduka pagi ini. – MalaysiaGazette