Logo Perodua

KUALA LUMPUR – Perodua menjual 250,795 unit antara Januari dan November tahun ini, melepasi sasaran tahunan keseluruhannya sebanyak 247,800 unit yang diumumkan pada awal tahun dan mencapai jualan tertinggi.

Pencapaian jualan ini adalah seiring dengan pencapaian pengeluaran setakat tahun ini, yang berjumlah 258,960 unit.

Perodua juga berjaya mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan kami iaitu sebanyak 29,149 unit.

”Pencapaian ini memberi makna kerana menunjukkan keupayaan kami dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua mahupun para pembekal di dalam ekosistem kami.

“Melalui pencapaian ini, kami boleh meningkatkan lagi operasiĀ  dalam jualan dan pengeluaran tanpa perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah yang luas bagi operasi pembuatan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, jualan Perodua meningkat sebanyak 50.0% kepada 250,795 daripada 167,250 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Peningkatan jualan berbanding tempoh yang sama tahun lepas disebabkan penutupan Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan antara Jun dan pertengahan Ogos tahun 2021.

Jualan bulanan juga mencatatkan rekod baharu dengan 28,592 unit pada November 2022, iaitu peningkatan 40.9% jika dibandingkan dengan 20,299 unit yang dijual pada November 2021 dan peningkatan 10.6% jika dibandingkan dengan 25,849 unit yang dijual pada Oktober tahun ini.

Tiga model teratas Perodua yang dijual pada November ialah Bezza dengan 8,089 unit, diikuti Myvi dengan 6,624 unit dan Axia dengan 5,812 unit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast