IMBAS KEMBALI. Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan bertindak melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya memerintah Putrajaya.

Menurut Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Muhyiddin juga akan membuat tindakan sama seperti yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gabungan itu tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan pelantikan Zahid sebagai TPM, saya pasti Muhyiddin akan melakukan perkara yang sama jika BN berpihak kepadanya dan PN. Begitulah kuasa kleptokrat,” katanya di Twitter hari ini.

Muhyiddin hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar telah menggadai prinsip tatakelola baik, seperti yang dijaja sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas Perdana Menteri itu berkata, barisan Kabinet yang diumumkan Anwar pada Jumaat disifatkan sebagai “paling mengecewakan” dalam sejarah negara.

Ini kerana seorang ahli Kabinet yang dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram di mahkamah telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar gadai prinsip tatakelola baik bila lantik kleptokrat – Muhyiddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.