Rizman Ruzaini kini membuka Butik RR FlagShip Store yang pertama di Four Seasons Place, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Jenama tempatan Rizman Ruzaini (RR) melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan di negara ini apabila membuka pembukaan Butik RR FlagShip Store yang pertama  di Four Seasons Place di ibu kota.

Butik itu menempatkan bukan sahaja pakaian tetapi juga perniagaan yang dipelopori dua usahawan yang semakin lengkap dengan produk penampilan lain termasuk aksesori dan haruman.

Rizman berkata, dengan pembukaan Butik RR FlagShip Store itu, peminat jenama RR akan mendapat kepuasan maksimum ketika membeli belah walalupun mengakui perniagaan yang dijalankan secara dalam talian lebih efisien ketika ini.

“Jika dahulu RR hanya ditawarkan dalam talian, tetapi dengan pembukaan butik RR FlagShip Store pelanggan akan dapat pengalaman berbeza dan kali ini mereka boleh melihat atau merasai sendiri kualiti produk kami sebelum membeli.

“Kita tahu ada yang selesa berurusan dalam talian tetapi kami tidak boleh meminggirkan pelanggan yang mahu menikmati suasana membeli belah di butik.

“Jadi di Butik RR FlagShip Store kami akan sediakan barangan yang sama cuma dengan pendekatan jualan yang berbeza dan sini sini pelanggan boleh mencuba dahulu sebelum buat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Butik RR FlagShip Store menempatkan bukan sahaja pakaian tetapi juga perniagaan dengan produk penampilan lain termasuk aksesori dan haruman.

Butik RR FlagShip Store yang berkeluasan 2300 kaki persegi butik ini terletak bersebelahan KLCC dikelola oleh Yana Baharudin yang juga Pengarah Kreatif segmen perniagaan RR.

Rizman menambah, walaupun produk di bawah jenama RR hampir semuanya berada dalam kategori ‘ready to wear’ (RTW) namun pihaknya tidak pernah berkompromi soal kualiti yang menjadi nadi utama perniagaan mereka sejak dahulu lagi.

“Menjadi impian saya untuk melihat jenama kami dimiliki semua golongan dan sesiapa sahaja mampu mengayakan RR, dengan kata lain kami mahu memasarkan produk kami secara besar-besaran,” katanya.

Sementara itu,  Rizman turut mengumumkan perlancaran koleksi RR RTW Musim Luruh/Sejuk  2022.

Membawa inspirasi wanita yang suka mengembara koleksi kali ini juga turut memberi perhatian kepada rekaan ringkas dan selain penggunaan warna hitam dan putih sebagai warna asas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast