Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap kepada media ketika hadir walkobout sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pasar Pagi Taman Dengkil, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 13 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Gerakan Tanah Air (GTA) mengambil ketetapan untuk terus berusaha agar pendaftaran diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada September lalu, GTA sudah mendapat kelulusan sementara daripada RoS dalam usaha gabungan tersebut turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kelulusan sementara itu bermaksud GTA menerima nombor persatuan dan bakal melalui beberapa lagi proses sebelum diluluskan secara rasmi.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, GTA yang mengadakan mesyuarat pasca nilai tentang prestasi gabungan ini pada PRU15 lalu akan terus menjadi wadah perjuangan seperti yang diperakui sebelum pilihan raya.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut dihadiri Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali, Zamani Ibrahim (Presiden Berjasa), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Presiden Parti Pejuang Tanah Air), Datuk Mohammed Mosin Abd Razak (Presiden Parti Iman), Datuk Dr Ahmad Murad Merican (Pengerusi Forum Melayu Kebangsaan) dan Aminuddin Yahaya (Pengerusi Gagasan Bangsa).

Pada PRU-15 lalu, GTA kalah di semua 121 kerusi Parlimen yang ditandinginya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast