KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan semalam.
Bilal adalah anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Berkongsi gambar pertemuan itu, Anwar berkata, mereka berjumpa sempena kunjungan Bilal ke ibu negara.
“Insya-Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat,” kata Anwar menerusi akaun Facebook. – MalaysiaGazette