Awang Hashim.

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menyifatkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim merendahkan peranan PM dengan bermain spekulasi murahan.

Jelas Awang, sebagai Perdana Menteri, Anwar tidak sepatutnya membuat spekulasi membuta tuli mengaitkan Pas dengan wang judi yang diwujudkan oleh beliau sendiri.

Kata beliau, Anwar sepatutnya memberi fokus membabitkan pembangunan negara selain mempersiapkan negara bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.

“Bila masa yang PM10 betul-betul nak bantu rakyat jika banyak masa dihabiskan dengan terkinja-kinja membuat spekulasi tidak berasas.

“Ini tidak, PM10 hanya merendahkan peranan PM dengan bermain dengan spekulasi murahan malahan tidak benar dek kerana tidak mendapat sokongan sewajarnya.

“Janji kepada rakyat tidak ditunaikan, negara semakin hari semakin rosak dek kerana pemimpin lalang yang tidak berprinsip, kleptokrasi dan gila kuasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan sama, Awang turut mempertikaikan prinsip anti kleptokrasi serta anti kluster mahkamah yang dilaung-laungkan Anwar serta DAP sebelum ini.

“Kemanakah dibuangnya prinsip-prinsip anti kleptokrasi, anti kluster mahkamah yang diagungkan oleh PM10 dan juga DAP? Ke dalam tong sampah?

“Berdegar-degar dilaungkan anti kleptokrasi tapi akhirnya disatukan kembali tanpa memikirkan mandat rakyat. Mungkin saat manis dikecapi mereka cukup indah tanpa menyedari rakyat Malaysia sudah cukup meluat dan muak dengan lakonan pimpinan PH+BN yang tidak tahu buat kerja bagai tikus membaiki labu,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rakyat lagi muak tgk kerajaan habiskan duit rakyat lantik duta bertaraf menteri Hj Hadi yg makan gaji buta! gaji buta tu haram bodoh

Comments are closed.