Foto: FB Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman al saud

WASHINGTON – Mahkamah persekutuan AS mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, susulan syor imuniti oleh pentadbiran Joe Biden, menurut memorandum pandangan.

Hakim Mahkamah Daerah Columbia John Bates pada Selasa menolak tuntutan terhadap Putera Mahkota dan dua defendan lain selepas pentadbiran Biden mengesyorkan imuniti, lapor Sputnik.

Khashoggi dibunuh pada Oktober 2018 oleh ejen Arab Saudi di konsulat Arab Saudi di Istanbul. Perisikan AS percaya Putera Mahkota yang menjadi Perdana Menteri pada September, didakwa meluluskan operasi untuk membunuh wartawan itu.

Fakta kes menunjukkan hujah kukuh bahawa tuntutan terhadap Putera Mahkota itu mempunyai merit walaupun kes itu tidak dapat diselesaikan oleh mahkamah pada masa ini.

“…AS telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa putera raja itu kebal…dan berhak mendapat imumiti sebagai ketua negara ..selagi kekal memegang jawatan,” menurut memorandum itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast